Ayat Cinta

Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)

Thursday, February 14, 2019

Rindu

Rindu itu dirasa pada setiap hati manusia.
Rindu pada manusia.
Rindu pada Rasulullah saw.
Rindu pada Dia yang Maha Agung.
.
Sungguh aku rindu Ya Rabb.
Rindu pada seorang kakak yang aku kasihi.
Rindu pada dia yang kau pinjamkan kepadaku.
Rindu pada dia yang sentiasa ada bersamaku.
.
Rindu pada cerianya dia.
Dulu dia sentiasa ada.
Mendengar segala luahan.
.
Dia ada sebagai tempat aku bermanja.
Tempat aku menangis di saat kesedihan.
Tempat untuk aku merasa kasih seorang kakak.
.
Ya Rabb.
Sesungguhnya aku tidak punya sesiapa.
Engkau anugerahkan dia seperti ahli keluargaku.
Hanya Engkau sahajalah tempat aku mengadu segalanya Ya Rabb.
.
Dan dikala ini aku menghadapMu.
Meluahkan kerinduan ini.
.
Rindu pada kakak hamba ini Ya Rabb.
.
Rindu pada keakraban dulu.
Rindu pada kemesraan nya yang dulu.
.
Rindu masa masa untuk kami bersembang bersama.
.
Ya Rabb. Jagakan dia dunya akhirat.
.
Sesungguhnya hamba rindu Ya Rabb.

Monday, February 4, 2019

Risau

Aku risau pada sesuatu yang aku takut gagal. Tak serupa dengan apa yang aku impikan.
.
Tapi. Kata orang kejayaan itu berlaku dengan terciptanya impian yang digenggam erat.
.
Maka. Aku buntu seketika. Sejak dari itu aku kuburkan impian. Aku berjalan sahaja dalam kadar yang biasa biasa. Menantikan apa sahaja yang Dia aturkan. Usaha tiada. Ikhtiar pun tiada.
.
Hari ini aku renung seketika dimasa lalu. Jika difikirkan. Beberapa kejayaan telah aku ciptakan. Namun sebelum melangkah ke kemuncak pencapaian impian aku, aku gagal. Setelah itu aku rebah.
.
Yang aku genggam hanya gagal. Aku fikir aku sudah tidak mampu baiki lagi.
.
Aku silap.
.
Aku harus bangkit. Menyusun impian yang baru. Dengan tekad yang hebat. Dengan doa dipermudahkan segalanya.
.
Risau pada sesuatu di hadapan. Tak tahu dapat atau tidak.
.
Seorang hamba. Hanya mampu berdoa pada sesuatu yang akan datang. Mudah mudahan yang dirisaukan itu di selamatkan dan semuanya baik baik sahaja.

Thursday, January 31, 2019

Sakit Itu Juga Datang DariNya

Sakit itu datang dariNya. Aku ini hambaNya. Dalam perjalanan menuju destinasi seterusnya. Andai di nilaikan pada rasa penat dan letih. Sungguh. Sudah tidak tahu di mana harus aku letakkan rasa ini.
.
Andai dibicara tentang air mata. Entah berapa banyak sudah aku tumpahkan dalam dugaan ini.
.
Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.
.
Hanya Dia yang menguasai kehidupan hambaNya. Dan hanya padaNya kita ini bergantung harap.
.
Aku sendiri. Tidak tertanggung rasa sakit ini. Terasa mahu dipejam sahaja mata ini buat selamanya. Tapi. Ingat. Itulah bisikan syaitan. Kononnya mati penutup segalanya. Sedangkan mati itu hanya sebuah kehidupan yang baru. Tiada lagi amal yang boleh kita kutip buat bekalan.
.
Apatah lagi melihat orang yang kita sayang sakit. Kadang kadang orang itu hampir patah semangat, hampir lenyap.
.
Sungguh aku tidak sanggup. Andai diberi pilihan untuk diganti tempat orang yang disayang ini, mahu sahaja aku yang menggalas segala rasa sakit. Sebab aku tahu, apabila melihat senyuman mereka, kerenah mereka, itulah yang buat aku gembira.
.
Andai aku sakit. Dia juga sakit. Aku tidak sanggup. Dia selemah itu. Tenggelam dalam dugaan itu.
.
Aku harus lebih kuat. Agar dia lebih kuat..
.
Mudah mudahan keajaiban Allah itu berkunjung segera. Menggantikan air mata kami dengan kegembiraan.
.
Sakit itu dariNya. Dan kesembuhan juga dariNya.

Tuesday, January 15, 2019

Ujian.

Kita ni manusia. Kita ni hambaNya. Sukar untuk kita tafsir akan apa yang terjadi dalam hidup kita.
.
Mungkin sejak kecil lagi kita diuji dengan pelbagai mehnah yang banyak kali buat kita tersungkur, buat kita jatuh.
.
Itulah. Sukar untuk aku sendiri bicarakan tentang masa lalu. Kerana masa lalu itu banyak buat kita belajar.
.
Kadang kala terasa sudah penat melalui hidup ini. Tapi, siapa lah aku untuk meletakkan noktah pada kehidupan seseorang. Hatta itu adalah aku.
.
Aku tidak mampu. Hanya Allah yang Maha Berkuasa.
.
Dan aku sebagai hambaNya sangat bersyukur masih dikurniakan ruang dan peluang untuk perbetulkan hidup aku sebelum aku ini dihadapkan di depanNya untuk membentangkan kisah hidup aku selama ini.
.
Aku masih punya ruang untuk merayu padaNya atas kegagalan aku menjaga amanahNya. Aku masih punya ruang untuk membina hidup aku yang baru bagi menjadi manusia bermanfaat untuk agamaNya dan hamba yang lainNya.
.
Andai direnung masa lalu, sakit yang aku rasakan dulu, sungguh aku tidak mahu diputarkan waktu untuk berada di masa lalu. Kerana untuk aku menemui kehidupan hari ini, bukan sedikit yang aku lalui. Bukan sedikit air mata yang aku bazirkan.
.
Di sebabkan air mata itu, aku banyak mencari ilmu, menghadam kitab, berguru di majlis majlis ilmu. Walau seorang diri, aku tetap teguh untuk mencari ilmu. Kerana  itu yang membuatkan aku seronok. Mendengar cerita cerita kebaikan. Mendengar akan pesanan pesanan Mu Ya Rabb. Mendegar akan cerita kekasihMu serta para sahabat.
.
Ya Rabb. Sungguh aku rindu padaMu.
.
Ujian yang Engkau hidangkan untuk aku ini, kadang kala gagal untuk aku menghadapinya. Namun, dengan air mata ini aku merayu kepadaMu agar Engkau tidak murka pada aku. Aku mohon Engkau redha pada aku.
.
Aku hanya manusia. Aku hanya hamba. Yang aku sendiri tidak tahu bagaimana untuk aku bangkit. Bagaimana untuk aku bina kehidupan ini. Kerana aku, tidak punya apa apa. Aku telah lama tenggelam dalam kehidupan ini.
.
Aku hanya melebihkan yang lain dari diri sendiri. Aku melihat darah daging aku sendiri tidak akrab seperti yang lain. Melainkan hanya kemarahan yang sentiasa berapa di dada.
.
Sudah aku buntu untuk berusaha melainkan dengan sandaran yang aku pautkan padaMu.
.
Andai Pemergian aku membuatkan mereka lebih dekat padaMu, maka aku redha Ya Rabb.

Friday, November 23, 2018

Senyumlah Selagi Mampu

Senyumlah selagi mampu. Senyum itu satu nikmat yang tidak semua orang dapat dan tidak selalu kita dapat. Adakalanya kita menangis, kita risau akan sesuatu sehingga lupa untuk senyum. Kadang kadang kita merasakan entah bila air mata ini akan berhenti sehinggakan sukar untuk kita senyum.
.
Kekusutan di kepala juga kita ekspresi kan pada raut wajah. Kita tidak tahu bagaimana untuk senyum kembali. Masalah dan bebanan seolah olah menguasai ruang pemikiran kita.
.
Wujud juga manusia yang hanya senyum sekadar menutup segala kesedihan. Air mata itu di bendungnya dan di simpan rapi hanya dihati. Demi menampakkan kekuatan dan demi meneruskan kehidupan ini, hanya senyum terlihat diraut wajah. Namun di hati, tidak siapa yang tahu.
.
Pulang ke rumah, termenung memikirkan kehidupan yang masih panjang. Susah hati untuk mentafsirkan segala yang berlaku. Namun di hadapan hamba hambaNya yang lain, senyum menjadi hiasan untuk di hadapkan kepada manusia sekeliling.
.
Entahlah. Manusia mentafsirkan senyuman itu dari sisi yang tersirat secara berbeza beza.
.
Aku juga berusaha untuk senyum, mencari sedikit rasa gembira dan bahagia. Apa sahaja yang dilalui aku akan merentasi situasi dan suasana itu seiring dengan keadaan yang sepatutnya.
.
Bersila rapi di tepi pantai bersama orang orang yang di sayang. Kadang-kadang sunyi. Masing masing memikirkan perjalanan kehidupan selepas ini. Indahnya pantai, dan pemandangannya menjadi hidangan buat mata yang melihat. Deruan ombak yang menghempas pantai menjadi melodi yang tenang di telinga. Terasa seperti berada dalam dunia sendiri.
.
Tanpa sedar, air mata menitis. Mungkin ada yang menyentuh hati. Pengalaman menjadi hidangan di ruang pemikiran ketika itu.
.
Tersedar dari lamunan. Di seka nya air mata. Melihat ke sisi pada orang orang yang di sayang. Cuba untuk mencuri lamunan nya. Entah apa yang difikirkan atau sekadar menikmati keindahan yang terbentang luas itu.
.
Aku mencuit nya di sisi. Di capai nya sekeping cengkerang. Di isi kan pepasir di ruang cengkerang itu. Lalu di sua kan mendekati mulutnya.
.
"Nah. Kakak. Adik suapkan ye" (p/s: lihat gambar di bawah)
.
Em. Riang raut wajahnya. Dia menguji dengan kesakitan, dengan kesusahan. Yang kadang kadang hati ini risau pada keadaan itu.
.
Namun siapalah aku untuk mengatur susunan Tuhan yang Maha Esa.
.
Hanya bait bait pengharapkan yang aku rayu kan kepada Nya bersaksikan air mata. Agar di berikan kemudahan di setiap kesulitan. Di luahkan segala rasa hiba.
.
Tenang. Setenang tenangnya. Aku berharap padaNya. Aku berharap untuk apa yang aku inginkan. Pelbagai cara yang aku sangka Dia akan memakbulkan permintaan itu. Namun silap.
.
Dia menunaikan permintaan itu dengan apa jalan yang Dia susunkan. Itulah jalan yang terbaik.
.
Mintalah apa saje. Dia akn menunaikan.
.
Mudah mudahan kemesraan ini akan berkekalan walau masa tetap berjalan.
.
Itu lah kakak. Yang di sayangi selalu.